♥ Kamar tidur + kerja
Tuesday, 11 December 2012
Assalamualaikum. Alhamdulillah, hari ni selesai sebahagian intipati kamar tidur dan ruangan kerja yang sy impikan. Lega! Tak sabar rasanya nak mula menulis manuskrip yg telah lama x disentuh. InsyaALLAH, selesai mengemas meja kerja seelok-eloknya nanti harap2 mood nak menaip semula turut merembes tanpa henti. Dah rindu sangat nak melayan perasaan ni. Hehe.
p/s: meja yang belum kemas sepenuhnya. Serabut!
Damya Hanna posted @ 1:51 am
|
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
♥ Selamat Pengantin Baru Kekanda!
Assalamualaikum. Lama rasanya saya x meluangkan masa menghadap blog. Rindu nak upload sesuatu tp apakan daya masa selalu tidak mengizinkan. Hari ni baru berkesempatan mencoret sesuatu. Izinkan saya berkongsi berita gembira. Kekanda sy telah selamat mendirikan rumahtangga tanggal 2 Disember lalu. Moga berkekalan ke akhir hayat. Amin.
Damya Hanna posted @ 2:43 am
|
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
♥ Di suatu masa...
Assalamualaikim. Lama rasanya tak update blog. Bila jalan2 kat blog teman2 lain, nampak laju aje mereka semua menceritakan perkembangan terkini tentang hidup mereka. Jeles ok! Saya pun sbnrnya banyak cerita nak disampaikan, tapi kekangan waktu utk menulis blog seperti dulu menyebabkan sy terpaksa melupakan niat utk bercerita. Hari ni? Saya ambil kesempatan utk meluangkan masa sebelum mandi.
Nak tahu apa yang saya lalui sepanjang tahun 2012 bermula secara ringkasan? Kalau tak nak, kalian bole bawa mouse untuk klik ke kotak pangkah di hujung tetingkap di atas. Kalau nak tahu, marilah baca apa yg sy ingat berlaku dlm hidup saya baru-baru ni.
Januari 2012 : Bermulanya thn baru, drama 26 episod novel pertama sy iaitu Bicara Hati muka ditayangkan. Lakonan oleh Cristina Suzanne (Zahlia) dan Sharnaaz Ahmad (Tengku Syahran). Arahan oleh Osman Ali, terbitan Tarantella Pictures Sdn. Bhd. Hujung bulan januari, sy dijemput oleh Syarikat ALAF 21 bersama bbrp rakan lain utk menghias booth di Karnival Karangkraf, Shah Alam. Pengalaman selama 3 hari bertemu peminat di sana, sangat mengharukan.
Februari 2012 : Saya mulai sibuk dengan urusan manuskrip yang harus diedit dan diselesaikan segera. Kalaulah ada kamera tersembunyi kat rumah sy ni, kalian boleh tgk betapa sibuknya sy bulan Februari demi mengejar dateline novel buat para peminat. Cewah! Bz, mengalah PM konon2nya.
Mac 2012 : Alhamdulilah, selepas bekerja keras... novel ke-8 saya berjaya diterbitkan, berjudul Ingin Berkasih Lagi. Setelah hampir 3 tahun sy tak menghasilkan sebarang buku, tak sangka masih ramai yg menanti karya sy diluar sana. Alhamdulillah. Terima kasih banyak2. Saya begitu terharu dgn sambutan yg diterima terutamanya bila sy dijemput utk menghadiri beberapa sesi bertemu peminat di bbrp Tesco Lembah Klang, Borders dan Syarikat Muda Osman (Kelantan). Pengalaman yg sgt xdpt sy lupakan. ;)
April 2012 : Bulan ni sy sibuk dgn urusan pertunangan kekanda kesayangan sy. Bukan sibuk apa, sibuk mengemas rumah yg rasanya mcm dah bertahun x dikemas. Pindah2kan brg, habuk kalau boleh ditimbang kati dah hantar kedai berguni2. Mgkin boleh buat bisnes jual habuk kalau laku. Hehe.
Mei 2012 : Apa yg sy sedang sibuk2kan kat rumah masa ni, adalah mengemas bahagian dapur rumah. Lama dah berangan nak dptkan dapur yg cantik dan selesa utk mak. Tp, tahu2 ajelah mak2 kita kan. Suka sgt menyimpan brg2 lama walaupun brg baru dah berganti berdozen2. Semalam, baru dpt buang bekas2 plastik yg mak kumpul masa sy rajin beli taufu fa kat pasar mlm. Guess what? Sy jumpa mcm2 bekas yg boleh masuk muzium agaknya. Siap ada bekas polisterin bubur ayam mcd. Isk, mak ni! Mujurlah bulan ni bulan hari ibu. Diam2 sy kopak2kan bekas polisterin tu, then buang aje. Habis cerita.
Ok, kesimpulan yg sy dpt lepas tulis entri kali ni, jgn sekali2 lupa nak update blog. Nnt byk benda nak tulis, tp terlupa. Syg tau, semua tu memori yg boleh dikongsi dgn kenalan. Mana tau, satu hari nnt bila terbaca entri lama2 bole kenang2 zaman dulu kala. Kata org, smbil kenang memori dulu sambil hirup nescafe panas, confirm best! Nak2nya duduk kat kerusi taman ada gazebo dan bunga2 yg berwarna-warni. Kan dah mcm scene heroin dlm novel tu!
Ok, stop dulu. Nanti update lg ok. Bye. Assalamualaikum.
DH.
Damya Hanna posted @ 1:28 pm
|
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
♥ Ingin Berkasih Lagi

Assalamualaikum. Dah lama sungguh saya tak meng'update' entri di blog saya ni. Dulu, setiap detik dan saat mesti jengah ke blog. Sekarang ni, nak mencari hari yang menjengah ke sini ada kalanya boleh dikira dengan jari. Tujuan saya menulis hari ni, tak lain tak bukan sebab nak update tentang kehadiran hasil nukilan terbaru saya iaitu INGIN BERKASIH LAGI yang akan berada di pasaran tak lama lagi. Kepada pembaca setia, diharap sudi mendapatkan karya ke-8 saya ini. Saya dah cuba melakukan yang terbaik. Semoga kalian dapat membaca dan perolehi manfaat darinya. Tidak banyak, satupun sudah memadai.
Sinopsis Ingin Berkasih Lagi :
Tidak mahu jatuh cinta! Itu prinsip Isyatul kerana bukan mudah untuk dia menyerahkan hatinya kepada mana-mana lelaki, lebih-lebih lagi kepada Amrin yang sentiasa mengejarnya tanpa jemu. Entah kenapa prinsip itu terbang dibawa angin lalu apabila hatinya dapat menerima lelaki itu ke dalam hidupnya.
Amrin membawa rombongan merisik. Isyatul dilamar sebagai bukti tahap keseriusan lelaki itu mencintainya. Namun, rombongan merisik pulang dalam kehampaan. Isyatul kecewa. Ada sesuatu rahsia yang cuba disembunyikan oleh ayahnya. Amrin pula merana sehingga membawa diri bertahun-tahun lamanya.
Keliru dengan percintaannya, Isyatul diduga dengan kehadiran Najwan. Sikap dan tutur bicara lelaki itu mencuit jiwanya. Dia ingin bercinta lagi. Namun, sejarah cinta lalu menyekatnya daripada menerima hati lelaki itu. Takut pisang berbuah dua kali. Apatah lagi, rahsia yang disembunyikan oleh ayahnya masih belum terungkai.
Damya Hanna posted @ 12:19 pm
|
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
♥ Salam Aidiladha & Drama Bicara Hati.
Assalamualaikum. Lama sekali saya tak apdet blog. Apa khabar pembaca sekalian? Masih ada yang sudi menjengah? Harap2 ada. Terima kasih kerana terus memberikan sokongan. Rasanya, belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua muslimin & muslimat. Macam biasa, saya tak beraya di kampung untuk raya haji tahun ni seperti tahun-tahun sebelum. Tahun ni, sambutan hari raya tak semeriah dulu sebab kami juga tak menumbangkan lembu memandangkan rumah saya baru selesai meraikan majlis perkahwinan adik lelaki saya.
Sebenarnya… tujuan asal saya menulis di blog hari ni bukanlah untuk bercerita tentang hari raya semata-mata. Tapi lebih kepada ingin memberi khabar kepada pembaca-pembaca karya Damya Hanna khususnya novel Bicara Hati (2002) yang kini diadaptasi menjadi drama bersiri 26 episod, terbitan Tarantella Pictures S.B untuk tayangan Astro Prima.

Saya ingat lagi dulu, ramai pernah bertanya pada saya…apakah novel-novel saya akan diterjemahkan ke dalam bentuk drama atau filem. Jika dulu, saya tiada jawapan. Kini, mungkin ramai yang sudah tahu khabar tentangnya. InsyaALLAH tayangan drama Bicara Hati adalah pd hujung tahun nanti. Untuk slot yang mana, saya tak pasti. Tapi, nantikanlah kemunculannya ya?
Info mengenai Drama Bicara Hati:
Producer : Tarantella Pictures Sdn. Bhd.
Director : Osman Ali
DOP: Malek Marwi
Make up Artis : Lola Mahmood
Wardrobe Supervisor : Kamiza MK
Pelakon utama :
Sharnaaz Ahmad (Tengku Syahran)
Cristina Suzanne Stockstill (Zahlia)
Marsha Milan (Linda)
Josiah Hogan (Razif)
Untuk gambar2, kalian boleh klik di sini.
Damya Hanna posted @ 12:04 pm
|
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
♥ Selamat jalan Busu kusayang...
Assalamualaikum. Beberapa hari ni, sepatutnya sy agak busy menguruskan perihal manuskrip yg tinggal x smpai 20% pun lg. Tapi entah kenapa, fikiran dan mood sy xberjalan spt yg diharapkan.
Minggu lalu. sy dikejutkan dgn pemergian ibu saudara, Arwah Busu yg kembali ke rahmatullah dlm situasi mengejut. Mana tidaknya, sehari sblum kejadian, kami smpt bjumpa semasa arwah dtg berkunjung ke rumah sementara menunggu anaknya mengajar tusyen di rumah jiran. Beliau begitu ceria bercerita ttg kejayaan anak sulongnya yg bakal meneruskan pengajian ke Australia tdk lama lg. Tahu2 esoknya, arwah pergi selepas ditemui tidak sedarkan diri di ruang tamu rumahnya.
Terkilan hati ini bila mengenangkan situasi beliau menghadapi saat2 kematian secara sndirian di rumahnya. Kebetulan di mlm kejadian, anak dan suaminya tiada di rumah.
Arwah busu, adalah ibu saudara sy yg bongsu. Selama ini, kami sekeluarga tidak pernah menganggap beliau mmpunyai sbrg penyakit serius. Pak usu sy juga mengatakan perkara yg sama. Mgkin sudah ajal, maka bila ALLAH berkata "Jadi!", akan terjadilah ia.
Menurut doktor bedah siasat, punca kematian adalah disebabkan kegagalan fungsi jantung yg mana hampir 50% salur darah arwah busu tersumbat menyebabkan jantung tdk dpt mengepam oksigen ke dlm otak. Entahlah, sy kurang arif soal itu.
Semoga pemergian arwah ke sisi-NYA, dipermudahkan dalam apa jua cara. Semoga arwah ditempatkan dlm golongan org yang beriman dan beramal soleh. Amin.
Buat Busu, satu hari nanti pasti kita bertemu bila tiba saatnya. InsyaAllah.
Damya Hanna posted @ 12:39 pm
|
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
♥ Alhamdulillah... Syukur!
Assalamualaikum.
Hari ni, saya ingin berkongsi sedikit cerita gembira. Sebenarnya, sejak dua hari yang lalu lagi saya ingin mengkhabarkan di blog. Tapi, akibat kekangan waktu… baru hari ni berkesempatan mengarang sedikit kata-kata.
Alhamdulillah, perjumpaan bersama organisasi baru Grup Buku Karangkraf dan penulis-penulis pada 7 Mei 2011 (Sabtu), berjalan dengan lancarnya. Gembira bertemu rakan-rakan seperjuangan setelah agak lama saya memencilkan diri kerana kesibukan menguruskan 'rumah tangga'.
Namun, sehingga ke hari ni… saya masih tidak percaya dengan apa yang berlaku semasa perjumpaan tersebut. Mana tidaknya, sepanjang perjumpaan… kami diwar-warkan dengan hadiah pertama cabutan bertuah berupa Samsung Galaxy Tab, sumbangan bos besar Datuk Husamudin Yaacob.

Walaupun saya tidak pernah berharap akan memperoleh hadiah tersebut memandangkan saya memang menyedari yang selama ini, saya tidak pernah memenangi apa-apa hadiah cabutan bertuah. Tapi, tak disangka… rupa2nya… 7 Mei 2011 lalu adalah hari bertuah saya kerana diberi rezeki oleh ALLAH swt untuk menjadi pemilik kepada cabutan bertuah tempat pertama tersebut.
Ya ALLAH, DIA saja yang tahu apa yang ada dalam hati saya semasa menerima penghargaan tersebut. Sujud syukur dengan kurniaannya.
Bila diingat-ingat, impian saya memang ingin memiliki ipad. Konon2nya ingin menjinak2kan diri dengan E-books yang sering dihebahkan di dunia siber. Niat di hati nak mendapatkan ipad sejak beberapa bulan lalu, sering berbelah-bahagi kerana memikirkan ipad2 yang bakal berada di pasaran. Mungkin ALLAH mengerti keinginan ini. Maka, kesempatan cabutan bertuah Sabtu lalu, menjadi noktah kepada impian saya. Ipad digantikan dengan Tablet Android. Itu sudah memadai buat saya…
Terima kasih Tuan Haji Husamudin…
Terima kasih Puan Fir yang mewakili ayahandanya…
Terima kasih Grup Buku Karangkraf…
Terima kasih semua...
Dan paling UTAMA, Terima Kasih YA ALLAH atas limpahan rezekiMU.
Damya Hanna posted @ 3:05 pm
|
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
♥ Geram + Amarah...
Assalamualaikum. Selamat hari Ahad buat semua. Semoga weekend kalian, dijalani dengan penuh kegembiraan seperti hari-hari cuti yang lain. Seperti biasa, saya hanya menghabiskan masa di rumah bersama keluarga. Malas nak keluar sebab kebetulan, baru saja melalui mood PMS semalam. So, hari ni saya bercadang nak duduk menghadap laptop sambil menaip manuskrip yang dah beberapa hari tidak bergerak. Hopefully!
Akhir-akhir ni, rumah saya kecoh dengan kes barang-barang hilang. Puncanya pada satu hari, mak saya mengkhabarkan yang stor rumah kami seolah-olah dipecah masuk. Bila periksa betul-betul, memang sah ada beberapa barang berharga yang sudah tiada dan keadaan stor sudah tidak teratur.

Mula-mula takut nak beritahu abah. Dengan keadaan abah yang tak berapa sihat, kami sekeluarga terpaksa mendiamkan diri sampailah satu ketika, mak pecahkan juga rahsia. Apalagi, melenting abah tak berkesudahan. Mana taknya, mesin rumput, mesin grinder, gerudi, barang-barang motor, rim, tangga dan sebagainya yang hilang. Bila dikira-kira habis beribu juga yang rugi.
Kami ada terfikir seorang suspek. Saksi pun dah ada sebab kebetulan, 'orang' yang mencuri barang-barang kami tu, menjualnya di kawasan kejiranan terdekat pada harga yang murah semata-mata untuk mendapatkan wang. Modus operandinya, telefon rumah kami dulu untuk pastikan tiada orang di rumah. Macamana saya tahu? Sebab rumah saya menggunakan 'cordless phone'. Kebetulan, talian rumah saya juga turut berdaftar di TM untuk caller id. Jadi, kami dapat mengetahui setiap nombor panggilan yang masuk kecuali nombor 'private'.
Hmmm… patutkah kami buat laporan polis? Serba-salah dibuatnya. Kami begitu mengenali suspek tersebut. Senang cerita, ada pertalian darah cuma tidak duduk serumah. Arghhh… geramnya!!! Bila terbayang muka si suspek, saya jadi marah. Sangat marah!

Damya Hanna posted @ 1:14 pm
|
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
♥ Earth Hour 2011...
Assalamualaikum semua. Mari sama-sama kita menjayakan misi 'Earth Hour 2011' malam ni. Cuma satu jam tanpa tenaga elektrik.
p/s:: Jom selamatkan bumi kita!
Damya Hanna posted @ 1:31 pm
|
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
♥ Just want to share...
Assalamualaikum.
Sekadar ingin berkongsi berita gembira. Minggu lalu, kucing saya yang bernama Miyan (nama asal Miran) telah selamat melahirkan 4 ekor bayi kucing yang sangat cantik. Setelah lebih dua bulan saya & keluarga tertanya-tanya siapakah bapa kepada bayi Miyan, akhirnya terbukti ia adalah anak-anak kepada Chelo.
Kat sini, saya selitkan gambar-gambar kucing di rumah saya yang kini berjumlah 8 ekor.

:: Miyan a.k.a Miran ::

:: Chelo ::

:: Miko ::

:: Kak Jan a.k.a Jane::

:: Baby Miyan & Chelo ::

Damya Hanna posted @ 12:50 pm
|
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥